Wednesday, February 10, 2016

MERAWAT BATUK SELESEMA ANAK TANPA UBAT

Bahan yang diperlukan:

2 sudu besar madu
1 sudu kecil minyak sayuran
3 - 4 sudu besar tepung
1 helai napkin
1 Pelekat (Band-Aid)
Pembalut luka

Cara membuatnya:

1. Campurkan tepung dan madu sehingga sebati.Pastikan ia tidak terlalu melekit.

2. Tambahkan minyak sayuran ke dalam adunan dan gaul rata. Buat adunan berbentuk gulung.

3. Letak adunan ke dalam napkin dan bungkus ia dengan cheesecloth.

4. Bungkusan madu telah siap! Letakkan pada dada atau belakang badan menggunakan pelekat (band-aid).

5. Bungkusan ini tidak boleh menutup bahagian jantung.

6. Kanak-kanak hanya perlu memakai rawatan bungkusan madu ni selama tiga jam sementara orang dewasa boleh memakainya semalaman.

Jangan panik, sekiranya anak anda berasa hangat dan mula berpeluh apabila menggunakan rawatan ini. Ia sememangnya kesan yang dijangkakan apabila melakukan rawatan ini dan ia bukanlah satu kesan sampingan.

Bila rawatan bungkusan madu ini sesuai digunakan?

* Ia sesuai untuk bayi berusia enam bulan ke atas.

* Bungkusan madu ini selamat digunakan.

* Ia boleh digunakan untuk merawat batuk, selesema dan kegatalan kerongkong.

* Jangan sapu bungkusan ini pada kulit yang alahan, luka dan kecederaan.

* Gunakan rawatan mudah dan menakjubkan ini untuk merawatan selesema anak anda di rumah.



Sumber : Pa&Ma