Monday, March 7, 2016

AIR TIMUN KEMPISKAN PERUT

Ini kebaikan minuman detoks timun sebagai penyelesai masalah perut buncit.

1. Minuman ini merangsang penyahtoksikan dan penyingkiran toksik dan lebihan hasil buangan dari badan dan membenarkan penyerapan zat makanan yang betul dari makanan.

2. Ia juga melindungi badan daripada kesan buruk radikal bebas dan lain-lain sebatian toksik yang boleh merosakkan kesihatan anda.

3. Minuman ini mempecepatkan proses pembakaran lemak di kawasan perut dan membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat.

Bahan-bahan:

1/2 biji lemon
1 biji timun
Segenggam daun parsley
1 sudu kecil halia diparut
1/3 air masak

Cara menyediakan dan meminum:

Campur semua bahan-bahan dalam pengisar jus dan kisarkan. Minum setiap malam sebelum tidur.

SUMBER : Pa&Ma

No comments:

Post a Comment