Tuesday, March 18, 2014

BISKUT PELANGI



250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex

Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru
Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega

1-Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
2- Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
3- Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
4- Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
5- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
6- Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
7- Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan
8- Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
9- Paipkan atas loyang lidanh kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi
10- Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit
Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
11- Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara
 
share untuk semua dr fb:
 

No comments:

Post a Comment