Wednesday, August 21, 2013

Info TERBARU : PEMINJAM PTPTN Tidak Disenaraikan Di Bawah CCRIS




Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menerusi FB & Twitter beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kementerian terlibat membuat keputusan yang disifatkan sebagai Mendengar Suara Orang Muda.
Petikan dari FB beliau :
"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam dibawah CCRIS. Terima kasih pada PM & Menteri-menteri Pendidikan kerana mendengar suara-suara orang muda".

Kepada golongan peminjam sama2 la kita meringankan beban untuk peminjam2 baru yang menunggu pinjaman PTPTN.Walaupun sedikit ..InshaALLAH dapat kita beri peluang pd yang lain.

4 comments:

  1. jangan kata mereka kejam pulak...pandai berhutang pandai la kan bayar balik..
    http://kisahsidairy.blogspot.com/2013/08/segmen-1st-segmen-singgah-blog-saya-2013.html
    jemput singgah segmen ini ye

    ReplyDelete
  2. Assalam.. alhamdulillah, baguslah mcm tu. Bukan semua pun yg x nk bayar, ramai juga yg grad tp susah nk dpt kerja yg bersesuaian, tp dah dibebani hutang yg perlu dibayar. Baguslah keperihatinan mcm ni. Nice sharing.

    ReplyDelete
  3. hehe~ untuk peringatan kita peminjam PTPTN akak pun tersenarai jugak... :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih Khir Khalid peringatan untuk kita semua..sama mcm saya masih lg dalam pembayaran walaupun sedikit alhamdulillah dapat tunaikan jugak..walau bayar bayar bayar..n stop 2-3 bulan disebabkan kesuntukan duit..tp alhamdulillah bayar secara on9..memudahkan kita dalam urusan pembayaran..

    ReplyDelete