Saturday, February 16, 2013

RESEPI LAKSA JOM BUAT SENDIRI


Resepi nie susah nak cari..alang2 terjumpa leh la Mak simpan jugak...mana tahu adew yang dok luar2 dok beli laksa dlm plastik ..balik rebus tu..bg Mak kalo dok luar dr kelantan ...aduh..nk makan laksa..makan la laksa yg kene rebus tu..no feel nk makan tau...hurm...




Resepi Laksa Tepung Gandum 
Oleh:Naimah Md Ludin

1 kg tepung gandum
air dicampur sedikit garam
minyak

cara:
masukkan tepung dalam mangkuk besar
maskkan air skit2
uli sebati (macam uli roti canai) tp jgn terlalu lembik..
kemudian bahagi kepada beberapa ketul kecil..
canai nipis dan sapukan minyak
guna mesin mee dan mesin
rebus dalam air panas yang telah menggelegak
biar sampai masak (nak tau dh masak bila tepung yg direbus dah naik ke permukaan periuk)
tos dan bilas...
laksa yg dah direbus sama mcm megi yg dicelur...

kuah laksa resepi keluarga
1 kg ikan sardin segar (siang,bersihkan dan rebus dengan asam keping n garam)
*1 genggam cili kering (potong pendek2 dan rebus)
*7-8biji bawang besar
*1-2 inci belacan
garam dan gula secukup rasa
daun kesum
bunga kantan (belah 2@4)
asam keping
ulam:timun,bawang besar,limau nipis,cili padi hiris nipis2.kalau tmbah daun selom/daun salad,pucuk janggus atau pucuk putat lg sedap.

cara:
1-bland semua bahan * sampai halus.masukkan dalam periuk.masak sampai kering air (utk bagi cili betul2 masak.baru xsakit perut)
2-bland isi ikan dan masukkan dalam cili yg telah dimasak tadi bersama air rebusan ikan dan asam kepingg..masak sampai mendidih.tambahkan garam dan gula(ganti ajinamoto).kemudian masukkan bunga kantan dan daun kesom..biar lagi mendidih..kecilkan api..biar lama skit..sbb kuah laksa masak lagi lama lagi sedap....hidangkan kuah bersama laksa n ulam.

Selamat mencuba! :)

No comments:

Post a Comment