Saturday, February 16, 2013

JOM WAT DONUT PLAK..

Hahaha..apa kes...blog Mak dah jadi blog sedishh plak...apa2 la kan..kita tgk atas MOOD....Mood Mak arinie Mood post resepi...esok...lusaaa..tulat...ntah...menaip ke tidak..kot2 busy memanjang...

Nie pun Mak copypaste dr https://www.facebook.com/bukuresepi  jugak...kot mana2 pun wajib tgk resepi dulu...semua adew kat cni..





Mini Doughnut 
Oleh:Puspa Wangi

(Tak perlu rehatkan doughnut. Habis buat boleh terus canai dan goreng. Tetap gebusss sgt! )

Bahan-bahan 
500g tepung berprotein tinggi/tepung gandum
1 peket yis segera-11gram
50g marjerin/mentega
1 sudu besar (penuh) shortening
2 sudu besar (penuh) gula pasir
2 sudu besar susu pekat/2 sudu besar susu tepung
1 biji Telur
1/2 sudu kecil garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml air suam suam kuku (bergantung pd kualiti tepung- saya guna 200ml)

Cara-cara
1. Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit atau sehingga berbuih.
2. Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dipukul sedikit dan juga garam. Kacau menggunakan sudu dahulu.
3. Kemudian masukkan baki tepung dan boleh lah mula mengadun dgn tgn sehingga sebati dan tidak melekat. Jika melekat tambah tepung.
4. Boleh canai dan terus menggoreng. Ayakkan gula caster di atas donat yg telah di goreng.

Adunan donut ini non greasy (tidak terlampau menyerap minyak) dan sgt gebussss!

Selamat mencuba! :)

No comments:

Post a Comment