Sunday, September 22, 2013

BUtaNG

Salam...dah lama x post gak..boleh kata..cam chipsmore ..

x tau nak post apa tp nak post jugak walau hati sayu..mcm2 ada..bila lihat butang yang baru sampai..happy sekejap..sekejap...bkn lama...


Thursday, September 12, 2013

Keluhan di petang hari~

Assalamualaikum....
Wow...dah lama sangat menyepi kan....asyik dok belek2 blog jer..nak log in xbleh...masa terhad...menyiapkan keje org yg tertunggak nie...ada yg baru rasa nak buat...ada yg bLUR x tau nak buat apa...nak wat camana kan nama lagi manusia dan hamba Allah yang tak sempurna...kadang2 mengelamun jugak..bila la hidup nak sempurna....dlm fikiran xdek apa la just nak buat biz...always biz..nak besarkan tapi modal ciput...x pandai sangat nak berbiz nie..sekadar boleh buat..
Impian banyak..banyak..banyak...


Nak wat loan pun x lepas....gaji pun ciput....lagi2 swasta..sungguh susah...biz plak on9...huhuhuhuh~
Buntu dah x tau nak buat apa..nak kasi up up up...up up sekejap...down...pastu....dok dlm seminggu dua up balik...

hihihi out dulu lew...sebelum banyak lagi citer..letih plak nak menaip...heehhehe


Tuesday, August 27, 2013

Masa bersama anak-anak

Assalamulaikum...sayu jerk hati pg nie bila tgk post fb hubby...huhuhuhu~ 
So now i post kat cni plak...Untuk peringatan ibu2 ..bapa2..yang bekerjaya...macam saya ...






Thursday, August 22, 2013

MamaDa Storyz~: TRAGEDI BAS TERBABAS KE DALAM GAUNG DI GENTING HIG...

MamaDa Storyz~: TRAGEDI BAS TERBABAS KE DALAM GAUNG DI GENTING HIG...: Genting Highlands: Seramai 37 terbunuh termasuk pemandu apabila sebuah bas yang membawa 52 penumpang terbabas dan terhumban ke dalam gaung, ...

TRAGEDI BAS TERBABAS KE DALAM GAUNG DI GENTING HIGHLANDS

Genting Highlands: Seramai 37 terbunuh termasuk pemandu apabila sebuah bas yang membawa 52 penumpang terbabas dan terhumban ke dalam gaung, di kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, petang semalam. 


Seramai 16 penumpang cedera, kebanyakannya parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buluh dan Hospital Bentong.

Tragedi itu adalah kemalangan jalan raya terburuk dengan jumlah mangsa paling banyak terkorban di negara ini.

Dalam kejadian jam 2.22 petang itu, bas syarikat Genting Transport yang dalam perjalanan membawa penumpang ke stesen Hentian Pekeliling di ibu negara, dilaporkan gagal dikawal ketika menuruni bukit di laluan sehala, lalu terbabas dan terhumban ke gaung sedalam 67 meter.

Selepas terhumban, bas tersangkut pada pokok, manakala ada penumpang yang tercampak keluar dan ditemui di celah pokok. 
Menurut seorang penumpang yang cedera, Nur Fathia Jaafar, 21, bas dipandu melebihi had laju sebelum merempuh penghadang jalan dan berpusing dan terhumban ke dalam gaung.

Rempuh penghadang jalan

Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Soimon Jahid, mengesahkan bas merempuh penghadang jalan sebelum terhumban.

“Berdasarkan siasatan di lokasi, sebahagian besar penumpang tercampak keluar, manakala sebahagian lagi ditemui terperangkap dan tersepit dalam bas.

“Pasukan penyelamat dari Balai Bomba Genting yang tiba di lokasi pada jam 2.30 petang mengesan sebahagian penumpang yang masih hidup di kawasan kejadian sebelum memulakan operasi menyelamat membawa mangsa naik ke jalan raya," katanya ketika di temui di lokasi kejadian malam tadi.

Hanya 49 tiket dijual

Katanya, hasil perancangan teliti semua agensi keselamatan yang terbabit, operasi menyelamat digerakkan sebelum 16 mangsa yang hidup dapat dibawa naik dan dihantar ke hospital.

“Sehingga jam 8 malam, pasukan penyelamat menemui 37 mayat. Kita belum dapat mengesan jumlah sebenar penumpang kerana hanya 49 tiket disahkan dijual untuk perjalanan berkenaan," katanya.

Operasi menyelamat dan membawa keluar semua mayat dilakukan lebih 450 pegawai dan anggota Bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Rela dan kakitangan Genting Highlands Resort (GHR).

Turut meninjau operasi menyelamat adalah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai.


SUMBER dari Berita Harian
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/37MAUT_16CEDERA/Article/

Wednesday, August 21, 2013

MamaDa Storyz~: Info TERBARU : PEMINJAM PTPTN Tidak Disenaraikan D...

MamaDa Storyz~: Info TERBARU : PEMINJAM PTPTN Tidak Disenaraikan D...: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah Sistem ...

Info TERBARU : PEMINJAM PTPTN Tidak Disenaraikan Di Bawah CCRIS




Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menerusi FB & Twitter beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kementerian terlibat membuat keputusan yang disifatkan sebagai Mendengar Suara Orang Muda.
Petikan dari FB beliau :
"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam dibawah CCRIS. Terima kasih pada PM & Menteri-menteri Pendidikan kerana mendengar suara-suara orang muda".

Kepada golongan peminjam sama2 la kita meringankan beban untuk peminjam2 baru yang menunggu pinjaman PTPTN.Walaupun sedikit ..InshaALLAH dapat kita beri peluang pd yang lain.

Monday, August 19, 2013

MamaDa Storyz~: Awas : CRISS untuk peminjam PTPTN

MamaDa Storyz~: Awas : CRISS untuk peminjam PTPTN: Awas: CRISS Untuk Peminjam PTPTN Bermula August 2013, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanak...

Awas : CRISS untuk peminjam PTPTN







Awas: CRISS Untuk Peminjam PTPTN

Bermula August 2013, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam-peminjam yang gagal membuat pembayaran balik.

Dengan ini, mereka-mereka yang terbabit bakal berhadapan dengan situasi sukar sekiranya ingin berurusan dengan Institusi kewangan atau bank untuk permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya. Institusi kewangan atau bank akan menilai dan menganalisis setiap pinjaman, baki pinjaman, rekod bayaran balik serta bilangan bulan tertunggak yang terlibat. Ini akan mempengaruhi kelulusan permohonan atau jumlah pinjaman.

Sunday, August 18, 2013

MamaDa Storyz~: AirMataku MengaLir~

MamaDa Storyz~: AirMataku MengaLir~: Salam...sehat ke semua?? MamaDa jer x sihat2 lagi...Nk dijadikan citer ..sampai ofis bukak la fb ada satu post yang menjerat airmataku meng...

AirMataku MengaLir~

Salam...sehat ke semua?? MamaDa jer x sihat2 lagi...Nk dijadikan citer ..sampai ofis bukak la fb ada satu post yang menjerat airmataku mengalir...huhuhu..sayunya ayat...Allah tiba2 sebak...tp cover lg depan calon nak exam undang2 jalanraya nie..tahan lagi airmata...hidung x leh blah dah..merah semacam..n last aku mengalirkan airmata...korang nak tau x?? apa dia..meh nak kasik...


Sebak tak terucap...dalam maknanya...

Thursday, August 15, 2013

DO what U like!










Hidup Bila Dah terkena~

Salam...Salam Lebaran...Belum terlambat kan...Busy dengan kerjaya sebagai pekerja pejabat..pekerja kraft..pekerja pembuat kek..semua nak sapu...2 hari nak raya aku telah mendapat demam kura2 @ opis..tiba2 jer badan mengigil..selsema..fuhh dugaan...sampai la hari raya pertama..dok umah..raya kedua..dok umah jugak..raya ke3 punnn dok umah..dok umah la wey..demam panas sejuk...selsema..batuk...dugaan ..tapi semua makanan sental..sampai la raya ke 6 dah x tahan..g USM..last2 doktor ckp "U ni dah lama ke kene Migrain??" Dengan selambanya aku cakap kalo sakit kepala bagai nak pecah tu...dalam 2-3 bulan lepas...kebas2 tangan kanan n kaki kanan pun sama gak... Doc call senior dia..citer2 semua ..hurm...
Nah ambik..ni lah ubat nya bekalan utk sebulan...



Jadi kawan2 kalo rasa sakit tu kan..x yah la lelama simpan..terus la g hospital..jangan taruk2 sampai berbulan2..bila dah kene..rasa..tanda soal ???? urmmm...ngapa ek???..ngapa ek..???
hehehehhe~ dah x berguna..

Tuesday, July 23, 2013

Perkahwinan DiRaja Tengku Amalin A'ishah Putri Adinda Sultan Kelantan

Belum terlambat rasanya nak post sesuatu yang penuh bahagia buat  YAM Tengku Amalin A'ishah Putri diatas perkahwinan bersama pilihan hatinya YAM Pengiran Muda Abdul Qawi pada 27 Jun 2013 lalu.
Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.



sumber gambar  : google



Wednesday, July 17, 2013

MamaDa Storyz~: MamaDa Storyz~: Mood MamaDa di bulan puasa ~

MamaDa Storyz~: MamaDa Storyz~: Mood MamaDa di bulan puasa ~: MamaDa Storyz~: Mood MamaDa di bulan puasa ~ : Salam.....huuuuuuuuuuuuuu~ ngantuk lew~

Maruku Ohhhh Maruku..

Salam....Salam Ramadhan..Salam Sejahtera..Salam 1 Malaysia...
Entri hari nie banyak plak kan...ya laaa banyak la tu lebih dari satu entri..hehehhehe~ jangan maree ek ....gurau senda bulan posew...cenyum cket...lawa n encem kan..cenyom




Nie sempena nak raya nie kan MamaDa ada la wat jualan cket..nak tambah pendapatan & support my sis yg baru bergiat dalam bisness..Maruku..Ohhh ..Maruku...

Sedap tau...nak order????? bolehhhh..bolehh.... sms ke 0199981744 sebarang pertanyaan anda akan di balas dgn sepantasnya...kecuali masa tido la...kannnnn...


Inilah Marukunyer...
COD di kawasan KOTA BHARU KELANTAN
POS ke Seluruh Malaysia...
Harga borong & KG boleh sms saya yer...Jangan segan2 tau...




Botol Besar RM15.00/sebotol

Botol Kecil RM6.00/sebotol

apa2 pertanyaan boleh terus sms.. TAIP MARUKU  ke 0199981744

MamaDa Storyz~: Mood MamaDa di bulan puasa ~

MamaDa Storyz~: Mood MamaDa di bulan puasa ~: Salam.....huuuuuuuuuuuuuu~ ngantuk lew~

Mood MamaDa di bulan puasa ~


Salam.....huuuuuuuuuuuuuu~ ngantuk lew~





Friday, July 12, 2013

MamaDa Storyz~: Salam Ramadhan 2013

MamaDa Storyz~: Salam Ramadhan 2013: Salam Ramadhan dari Kami Sekeluarga untuk semua Umat Islam di Dunia.. Ikhlas dari MamaDa,Ritz Sekeluarga & Cantek Kraft ...

Salam Ramadhan 2013

Salam Ramadhan dari Kami Sekeluarga untuk semua Umat Islam di Dunia..


Ikhlas dari MamaDa,Ritz Sekeluarga & Cantek Kraft
 
Semoga bulan yang mulia ini memberi keberkatan kepada kita semua..Amin.


Wednesday, June 19, 2013

..All My Craft...All My Life~

Salam hehe...today mama nak post gambar2 pillow mama..yang ditempah....rasa mcm rugi plak x post kan..sbb nie kan my personal blog....kot2 anak2 leh tengok sampai dia besor kan...herm...InshaAllah...