Friday, September 24, 2010

PUISI DOA UNTUK AYAH DAN IBU

       Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.......
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan
padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka
memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana
aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana
perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka
sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat
kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta
rahmat-Mu..........
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia
Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang
tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa
kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat
orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris
hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan
 
mendoakannya.kita juga selalu menyalahkan org tua sedangkan mereka byk membantu kita dalam kesusahan..pertolongan mereka selalunya tidak kelihatan kerana ibubapa tidak pernah meminta dan memberitahu sesiapa pun pertolongan yg diberi.semakin tua semakin manja manusia ini..itu adalah lumrah hidup..kerana ingin bermanja dan mengambil perhatian anak2 nya..jadi jgn kita lihat diluaran sahaja ttg ibubapa org lain dgn pergolakan keluarga..kerana kita tidak tahu apa yg terjadi pd satu2 keluarga.
Percayalah bahawa anak yang derhaka
siksanya didahulukan di dunia ini.

Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

PETIKAN PUISI INI DIAMBIL DARI BLOG islamdigest.blogspot.com

No comments:

Post a Comment